Saturday, October 23, 2010

isu baka dan hakciplak

kebelakangan ni selalu gambar gambar arkib serama store di gunapakai oleh sesetengah pihak dengan tujuan yang posotof dan negatif. beberapa bulan kebelakngan ini baka PISANG KARAT telah di guna pakai di kalangan penggemar serama... bagi pihak serama store itu respon yang positif , akan tetapi yang menyedihkan ada yang menjual ayam dengan mengguna pakai baka PISANG KARAT dengan keadaan dia sendiri ( individu tersebut) tidak pun mengenli pihak kami malah jauh dari berurusan dengan pihak kami dan mereka yang ada baka tersebut. hal ini di pastikan bila saya siasat sendiri dengan mnelefon dan msg individu tertentu bila di tanya dari mana mereka ambil ayam tersebut, satu jawapan yang agak mengecewkan...kami x kenal pun individu tersebut....bila kami telefon orang yag dimaksudkan oleh penjual itu ternyata jaweapannya sama ...dunia serama ni x besar malah, jika kita pusing belakang dan depan kiri kanan berjumpa jugak....

seperkara lagi yang timbul gambar arkib seramastore di guna pakai dan di akui adalah milik individu tertentu...kami heran ada ayam tertentu yang kami x keluarkan malah ada gambarnya di katakan milik individu tersebut...malah ayam itu masih dalam simpanan/ jadi pembaka kami..gejala ini matlah kurang sihat. bukanlah bermaksud ayam kami ini bagus, malah masih banyak kekurangannya, akan tetapi ini bukanlah cara untuk meraih perhatian yang bagus..khususnya kepada peminat baru dunia serama. Tidak perlu terlalu obses dengan ayam tersebut. sepatutnya dunia serama ini kita meriahkan dan tidak kita cemari dengan gejala begini.

Jika perkara di atas di gunakan dengan dengan cara yang positif pihak kami amat amat mengalukan dan menyokong jika sebaliknya kami akan berusaha untuk memastikan pelanggan dan peminat serama mendapat serama yang benar2 dari baka kami, bukannya yang di war warkan oleh setengah pihak

bagi pihak serama store kami pohon individu yang terlibat agar hentikan kegiatan ini, jerih kami atas kesabaran membiakkan baka PISANG KARAT ni akhirnya reputasi baka ini di ekploitasikan dengan tujuan untuk keuntungan pihak tertentu..

Apa yang baik itu datangnya dari Allah yang kekurangan itu datangnya dari pihak diri kami

Wassalam
SERAMASTORE

P/S: jika anda ragu ragu dengan baka PISANG KARAT yang di tawarkan oleh sesetengah pihak, sila hubungi kami agar kami boleh tolong pastikan..H/P: 0177864344

2 comments:

Anonymous said...

salam en. serama,
sekadar satu cadangan, ada baiknya gambar-gambar di Seramastore "diwatermarkkan" utk mengelakkan kecurian gambar-gambar.

dimebag said...

ya terimaksih

Post a Comment